Ustaz dan isteri meninggal dunia selang sejam..
Minggu, 28 Februari 2021
Edit
MAKASAR – Seorang kiai di Katangka, Gowa, Sulawesi Selatan meninggal dunia selang sejam setengah selepas isterinya menghembuskan nafas terakhir, malam Ahad lalu.Portal Kompas melaporkan sebelum itu, Drs H M Idrus Makkawaru, 76, seorang kiai Nahdlatul Ulama (NU) Bantaeng sempat mengajar isterinya mengucap.
Isterinya itu, Sitti Saniah, 74, meninggal dunia jam 8 malam, manakala Kiai Idrus menghembuskan nafas terakhir pada 9.30 malam.
Ketua Kementerian Agama Wilayah Bantaeng, Muhammad Yunus berkata, ketika mengucapkan kalimah syahadah kepada isterinya, Kiai Idrus tidak dapat menahan kesedihan dan menitiskan air mata.
